Monday, 8 April 2013

                             Radas dan Kegunaannya

 1.Tabung Uji dan Tabung Didih
Kegunaan:Untuk mengisikan atau memanaskan bahan kimia                                         dalam kuantiti yang kecil.

2.Takung Kaca
Kegunaan:Untuk mengisi air,biasanya bagi tujuan mengumpulkan gas.

3.Bikar,Kelalang Kon dan Kelalang Dasar Leper
Kegunaan:Untuk mangisikan cecair atau bahan kimia pepejal dalam kuantiti yang besar.

4.Serkup Kaca
Kegunaan:Untuk menghasilkan keadaan vakum/mengumpul satu isi padu udara.

5.Balang Gas
Kegunaan:Untuk mengumpulkan gas.

6.Kaki Retort
Kegunaan:Untuk memegang atau menyokong sesuatu radas.

7.Tungku Kaki Tiga
Kegunaan:Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

8.Kasa Dawai
Kegunaan:Untuk menyebarkan haba dengan sekata semasa pemanasan.

9.Kelalang Dasar Bulat
Kegunaan:Untuk penyediaan gas yang melibatkan proses pemanasan.

10.Silinder Penyukat
Kegunaan:Untuk menyukat isipadu cecair.

11.Buret
Kegunaan:Untuk menyukat isipadu cecair dengan tepat.

12.Buret
Kegunaan:Unttuk menyukat isi padu cecair dengan tepat.

13.Pipet
Kegunaan:Untuk menyukat isipadu cecair yang tetap.

14.Corong Tuas
Kegunaan:Untuk menuras atau menapis pepejal yang tidak larut daripada cecair dengan bantuan kertas turas.

15.Mangkuk Pijar
Kegunaan:untuk mengisi bahan kimia pepejal semasa pemanasan yang kuat.

16.Piring Sejat
Kegunaan:Untuk tujuan penyejatan

17.Penunu Bunsen
Kegunaan:Untuk membekalkan api bagi pemanasan.

14 comments:

  1. terimakasih skrg sng sudah homework sya hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. so baddddd this post because dosnt have kelalang dasar bulatttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never mind la ..... Just search at another platform .... Don't kutuk ... Orang dah tolong Kita

      Delete
  4. thanks nak buat homework pun senang

    ReplyDelete
  5. tqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

    ReplyDelete
  6. tapi takde takung kaca.. tapi takpe.. thanxxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ade lah takung kaca.. yeay.. tqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq


      Delete